Sabtu lepas saya dan keluarga ke perlabuhan klang utara untuk beraya di rumah mak long saya yang tinggal di Pangsapuri Seri Perantau. Semasa beraya di sana kami sebab singgah di Tanjung Harapan. Pertama kali kami sampai kat sana. Suasana kat sana masa kami tiba agak sejuk sebab suasana hujan sekarang ni. Nasib baik masa kami jalan-jalan tak hujan. Tanjung harapan ni memang sesuai untuk keluarga datang bersantai beramai-ramai. Sambil bersantai boleh tengok kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan Klang.
Ayah ( seluar hitam ) dan pak long.
Mak long dan Mak saya ( bertudung hitam ).
Kalau anda ke pelabuhan klang, jangan lupa untuk singgah di sana ya. permandangan dan suasana di sana memang menarik terutama bersama keluarga dan rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment